안녕!!
Seperti biasa, memang akan update blog seminggu sekali ja lagi2 time nak dekat minggu exam ni. Sangat la sibuk dan disebabkan banyak kerja yang tertangguh ( haa memang pencuri masa pun ㅠㅠㅠㅠ) dan minggu ni Mak Long , Dayah and Ama (kawan dayah ) datang Korea so kena la bagi layanan VVIP. The most important guests.
Hey! Untuk Korean word pada hari ini adalah .....
시험. Shihom
Exam/test/ peperiksaan.
Untuk info minggu ni saya akan cakap mengenai Ewha Health Service Center dan Insurans. Sangat sangat penting pasal isu kesihatan ni bila datang Korea. Pernah terjadi kes kemalangan nasib baiklah ada insurans dan sekiranya anda dibawah tajaan JPA ataupun government then mungkin secure bab tu lah , dan ada kebarangkalian ada bencana. Siapa tahu kan..
Setiap semester saya pasti akan dapat email ni untuk peringatan kepada pelajar2 Ewha mengenai insurance.
So setiap university kat Korea ni memang ada policy mewajibkan semua foreign student dorang ambek insurans. Ada orang tanya, ni konvensional ka? Islamic punya tiada?? Memandangkan negara ni majority Non Muslim so konsep islamic finance ka insurance ka masih lagi belum berkembang. Jadi, jangan bimbang pihak Ewha Uni ada link dengan syarikat insurans yang akan menyediakan perkhidmatan insurans kepada pelajar2. Tinggal bayar dan renew sahaja. Notis daripada pihak International Office akan kita dapat sekiranya ada masalah mengenai insurans ini.
Habis tu kenapa ada students yang cakap dorang tak purchased(?) insurance pun.?
okay macam ni, kalau pelajar di bawah tajaan JPA ( MARA students pun kena beli insurance tau) mereka ada pegawai berpusat di Seoul dan ada hospital panel untuk para pelajar. Sekiranya terdapat kemalangan, jatuh sakit ( untuk certain cases ada yang tidak di bayar oleh JPA) mereka akan dihantar ke hospital panel dan pelajar tajaan tidak perlu membayar bil rawatan tersebut. Di sini, Seoul ada dua hospital panel . Rasanya tidak salah kalau bukan pelajar tajaan JPA pun pergi sebab dorang dah familiar dengan foreigners.
1) Soonchunhyang University Hospital
2) Guro Sungshim Hospital
Untuk yang memegang kad insurans tu boleh dahulukan pembayaran dan claim dekat pihak insurans tu nanti lah.
Dan kalau rasa sakit2 ringan ka tapi nak gak g check malas nak g hospital pergi la Ewha Service Center.
"The University Health Service Center is open to all members;
membership is given immediately upon the payment of a Student Health Fee.
membership is given immediately upon the payment of a Student Health Fee.
- 1. How is the payment(KRW 23,200 per semester as of 2015) of the student Health Fee Made?
- 1) Pay the Student Health Fee when you pay your tuition
- 2) Visit the Ewha Student Health Insuracen office
- 2. Students must show their student ID cards to use the Center.
- 3. Members are entitled to use the health and medical care services explained below, which are offered by the Center for free or for a nominal fee." source: google
- haa tu diaa.
Ni diaa gambar service center.
Click link ni untuk tahu lokasi bangunan dan dia terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan pejabat Pos.
Kalau nak buat X-Ray sahaja pun boleh, hari tu pernah buat X-Ray dan bayar asing la. Sebab memang tak bayar medical fee masa bayar yuran. Ewha pun ada hospital dia sendiri tapi jauh sikit dari main campus.
Ewha University Medical Center <--- check this out
Kalau ada apa2 pertanyaan mengenai insurans or health or apa2 la boleh drop comments.
Thanks for reading!!!
Doakan saya dapat jawab soalan exam dengan cemerlang Amin! Do Pray for me.
As I see there might be non speaking Malay readers that have been read few entries from my blog I am apologize. For this entry I have to do it in Malay. Thank you and have a nice day~~
Do pray for my incoming Midterm Exam! <3
Ewha Womans University
Online Ambassador Spring Semester 2016