Sunday, September 25, 2016

Admission Guide

Salam and hai!

Pertama tama sekali saya nak tanya apa khabar?

So topik minggu ni nak cerita sikit pasal admission guide. Kira mcm mana nak apply university ni la. Kalau dekat Malaysia kita ada system UPU dimana kita boleh pilih banyak universiti dan course mengikut pilihan masing masing la. UPU yg diuruskan oleh kementerian pendidikan kan. Tapi ada certain org x bernasib baik dan pergi private universities/colleges ataupun memohon rayuan.

Dekat Korea, 90% daripada universiti adalah private Seoul National University adalah salah satu gov university (itupun dengar2 mcm dah nak tukar ke private).

haa jadi kalau nak apply tu kenalah pergi laman web university, hantar documents, tulis essay kadang2 ada university yang pergi interview atau entrance exam. Biasanya kalau untuk foreigners exam English atau Korean untuk tahu kat mana level kita atau Korea tu kita dah ada basic ke tak. Macam tu lah. Lepas tu kena bayar dalam 300 ringgit plus jugak laa untuk application fees.

So. Bila nak apply?

Sepatutnya untuk kemasukan spring semester bermula dari minggu kedua September ni sampai hujung bulan ni. Jadi untuk rujukan kalau nak masuk spring sem next year iaitu  semester yang bermula pada March boleh la apply time2 mcm ni.

Selalu akan ada update 


Macam mana?

Pergi laman web ni http://admission.ewha.ac.kr/admission/html/international/guide.asp

link atas ni terus pergi guide untuk international students.

Apa documents yang di perlu kan??

Paling penting sekali certs hendaklah dalam bahasa Inggeris. Biasanya kami akan translate and bagi embassy cop untuk pengesahan. Saya ada buat post pasal admission ni last sem. Boleh rujuk link tu eh.. tengok laa tengok laa heee

ni kat sinii

baiklah itu sahaja untuk minggu ni. Try la apply kalau berminat. Ewha pun ada scholarship dia offer. walaupun tak full.


Ewha Womans University Online Ambassador


Sunday, September 18, 2016

Happy Chuseok

Assalamualaikum dan hai~~
Dah 5 hari cuti. Dan cuti habis begitu sahaja. Sobs. Cuti 3 hari plus weekends sebab cuti Chuseok!
Chuseok = thanksgiving. 좔석.
Dekat Korea ada dua perayaan besar. Setahu saya la. Chuseok dan sol nal. Sol nal adalah New Year bagi lunar calendar. Saya boleh katakan yang chuseok ni macam Pesta Bulan untuk Chinese dan Sol Nal adalah  Chinese New Year. Sebab biasa tarikh lebih kurang. Dekat Malaysia, perayaan besar mengikut agama masing masing. Macam untuk Muslim kita ada Raya Eid-ul Fitri setelah sebulan berpuasa. Kemudian Chinese New Year, untuk yg beragama hindu ada Deepavali.

Biasanya time chuseok ni apa yang Korean akan buat? Well, macam raya. Raya semua org akan balik kampung. Jadi…. Seoul akan jadi sunyi….lengang. Kedai banyak tak bukak. ( insert gambar).

Source: Google

Source: Google


Tapi.. semua org ingat bila cuti macam ni ja mesti tempat2 menarik macam Everland, Lotte World, dan tempat tourist attractions akan sunyi juga. Salah!! Makaaa lagi ramai orang sebab semua ada mindset yang sama!
Disini ada beberapa tempat yang anda boleh kunjungi semasa Thanks giving day. ( insert sumber dari kuk).

1. Ewha Womans University
2. Sodaemun prison
3. Hangang Park
4. Seoul Grand park

Baru baru ni, dorang ada buat festival Super Moon dekat Jamsil. Maka berbondong bondong laa org dtg tengok dan beli lampu bulat comel ni. Pandai kan marketing strategi dorg! Sebab dikatakan bulan tahun ni adalah yang paling terang.

Source: google

Anndd I bought thiss!!


Tapi Seoul, ni metropolitan. So memang x Nampak laa cahaya nya tu sebab pencemaran cahaya. Sobss
Apa yang saya buat masa Chuseok? Tadaaa.. ada program bersama pelajar Malaysia di Korea. Tajuk OYEAH ( open your eyes and heart). Pergi Gapyeong melihat alam semula jadi dan bonding session bersama junior2 kesayangan sayaa. Heeee
.
Highlight untuk program ini adalah Kembara ATV! First time naik. Cuak kot! Dah la bawak anak orang hahaha. Tapi besttt dan membina keyakinan diri. Alhamdulillah ala kulli hal.



Then tournament Frisbee wanita PPMK 2016. Tahniah my batch sebab dapat Bronze! Kehebatan Batch 15 x dapat dinafikan heee tugas saya? Menjadi referee. Tapi ter injured la pulokk haha sebab salah landing. Haha terseliuh and bengkak. *insert gambar* Itu lambing kegigihan kan? Okay la jumpa lagi!

Sunday, September 11, 2016

Sesi Taaruf Minggu 1

Sesi Taaruf ( Pengenalan diri)

Assalamualaikum dan Hai!!

Rasa macam canggung pulak ( tu dia bahasa) tulis entri dalam bahasa melayu. Hee izinkan saya memperkenalkan diri.

Rasa macam nak tulis dalam bahasa inggeris tapi tapi Miss tu suruh tulis dalam bahasa ibunda. So mari menulis dalam bahasa ibunda!


Sekiranya anda terbaca entri entri saya terdahulu, saya merupakan Ewha Online Ambassador dan ini merupakan semester saya yg ketiga ( awat bunyi skema ni) haah so basically blog ni banyak pasal Ewha dan mungkin informasi akn berulang. Saya akan jadi lebih innovative untuk mengelakkan hal ini berlaku πŸ˜…


Okay! Jadi ini biodata

Nama: Nurafina Binti Alias
Umur: 22 tahun
Tarikh lahir : 28/2/1994 ( siapa seumur boleh pm skrg!)
Major : Food Science Engineering
Universiti: Ewha Womans Universiti Seoul South Korea.
Asal: Tawau, Sabah, Malaysia.

Dah lama menetap dekat Korea. Masuk tahun ke 4 . Tapi dah nak balik for good tahun 2018 kot. Ada plan nak kerja sini tapi tu lah tengok keadaan dan rezeki 😘

Dekat Korea ni dorg ada accreditation untuk engineering school dan sebagai pelajar JPA kami wajib ambik course yang ada ABEEK ( accreditation of board engineering Korea) so salah satu sebab saya memilih Ewha sebab mereka menawarkan Food Science yg ada ABEEK.  Meh meh nak tunjuk gambar sekolah sikit.










Ini masa penggambaran Two days one night! ya Running man, idol2, artis2 selalu datang ewha! heee

My favorite port at Science Building


Haaaa. Jangan terkejut sebab memang nama dia Ewha WOMANS NOT WOMEN. Sebab nya nak unik lain dari yang lain. Hee haa sikit lagi nak masuk sejarah penubuhan tapi tunggu next week punya post yaa
Semua gambar ada copyright sendiri heee semua ambek guna fon sendiri
Dan ni ada lah rakan Malaysia yg ambek sama major dengan saya. Nama Dia Dharshini. Boleh jeee nak ambek course lain dekat Ewha ni ada banyaakk fakulti. So, pastikan anda ikuti setiap update saya tentang Ewha. Kekekek bajet! Ok ada ap2 boleh tanya πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Jumpa lagi!

Online Ambassador 2016-2nd Semester Fall Semester

Ewha Womans University