Sunday, October 16, 2016

Kemudahan di Ewha ( dalam kawasan sekolah)

photo by me


Assalamualaikum dan hai!!

 Dekat ewha ni ada apa ja kemudahan? Macam uni lain ka? Kebanyakan university di Korea ni dia ada satu ja kampus. Ada certain sekolah tu sangat kecil. Kalau dekat Malaysia dah la banyak kampus lepas tu sangat besar. Kalau Korean datang lawat UiTM Shah Alam tu dorg terkejut la sedangkan Seoul National Uni tu dorg panggil bandar. So dalan gambar ada Auditorium, and sipi2 tu adalah ECC. Ewha campus complex

Ini dah masuk post saya kedua pasal kemudahan di Ewha ni. 

Dalam sekolah macam yang saya cakap ECC ada lah pusat dekat bahagian sekolah ni. Dalam ECC ada kelas, office, Canon print room, kedai buku Kyobo , ada small cinema tau x!

lepas tu ada samsung hall tu org selalu la buat performance macam musical theater macam tu.

photo by Ewha voice


by google


ada computer room, ada convenient store. Kalau tengah stay up study tu lapar2 boleh turun bawah cari makanan. Time exam ni dia punya reading room bukak 24 hours

Untuk sem ni bukak dari 17 hb isnin ni sampai 26 rabu.

Dekat ewha ada post office jugak. Ada bank dan sebagainya. Kira kalau malas nak keluar dari Ewha pun semua service ada~ Post office dekalt luar ECC la tapi.

Shinhan bank official bank untuk Ewha. So kalau ada apa urusan bank. Boleh la pegi Shinhan.

Kalau nak tengok ada apa lagi kat ewha ni boleh rujuk post saya yg dulu

http://afynaewhain.blogspot.kr/2016/07/school-facilities-kemudahan-di-ewha.html
ataupun layari

http://www.ewha.ac.kr/mbs/ewhaen/subview.jsp?id=ewhaen_050705000000

Alright tu ja!

Thanks. Doakan saya exam minggu ni dan minggu depan.


Sunday, October 9, 2016

Yuran dan biasiswa di Ewha




안녕하세요

Salam dan Hai!!

Soalan: Macam mana eh nak pergi Ewha ni tanpa bayaq mahai sangat. ( tu diaaa..eh btw aku bukan orang utara hihi)

Jadi alang alang nak cakap pasal biasiswa ni. Saya akan cakap sekali pasal duit tusyen la naa. Kat sini dorang panggil duit tusyen ( tuition fee) maksudnya yuran sekolah hee. 

Duit bukan la segalanya. Tapi semuanya memerlukan duit sekarang ni. Kadang kadang pakcik teksi tanya. Mak ayah kerja apa? Sekolah sini mesti banyak duit guna. Alhamdulillah saya dapat biasiswa tetap dari JPA .

anda juga. sekiranya berpeluang untuk memohon cuba la untuk mohon JPA atau MARA selepas SPM. Tapi, sekiranya kurang bernasib baik ataupun pathway anda berubah selepas diploma atau master ( banyak akak akak Ewha macam ni) boleh la mohon biasiswa Idae.

Tinggal di luar negara dan belajar di luar negara ada lah impian semua orang. Tapi di sebabkan harga yang mahal, xdak peluang etc. Jadi sebab itu la kita perlukan biasiswa.

Berikut adalah senarai biasiswa yang anda boleh mohon

1) EGPP SCHOLARSHIP


Duration

- Undergraduate (freshmen): maximum four years
- Undergraduate (Transfer): maximum 2 years
- Graduate School : maximum 2 years
- Graduate School (Doctoral): maximum 3 years
- Graduate School (Master&Doctoral): maximum 3 years
 The scholarship is granted on condition that the recipient maintains her degree program and major.
Eligibility

Applicant from a developing country who demonstrate high potential to become a female leader, and apply for undergraduate or graduate program via special admission for international students.
Amount

The scholarship covers admission fee, all of the tuition fee, on-campus dormitory fee, stipend plus airfare.

p/s: Kabarnya policy dah berubah . Sila check dulu TnC sebelum daftar yee

  2)  International students scholarship

Undergraduate
Graduate
 For freshmen
ISS E (Entrance)
ISS H1 (Half 1 year)
ISS F1 (Full 1 year)
ISS F2 (Full 2 years)
ISS F4 (Full 4 years)
For freshmen
ISS E
ISS H1
ISS F1
ISS F2
ISS TQ2(natural sciences and engineering)
ISS TQ3(natural sciences and engineering)
ISS H2(non-natural sciences and engineering)
For enrolled students
ISS M (Merit-based)
ISS N (Need-based)
ISS V (Volunteer-based)
For enrolled students
ISS N
ISS V
1 year scholarship (F1 and H1) have no requirements to maintain the eligibility, however, scholarships that continue 2 or more years require students to meet the eligibility requirements from the 3rdsemester.
- If the student earned GPA 2.50 or below (out of 4.30), she cannot receive the scholarship for the semester, and loses eligibility if she gets GPA 2.50 or below for consecutive 2 semesters.
- Scholarships for graduate students have no requirements to maintain the eligibility.
 applied to 2016-1 incoming freshmen(transferred) students



Untuk pelajar regular, kalau dapat gpa yang tinggi mereka akan secara tidak langsung bagi biasiswa . dan juga ada merit-based dan Need-based. Sekarang ni yang secara meluas adalah Volunteer based. Apa yg mereka buat ialah kerja di office ataupun menjadi online ambassador.

Layari http://cms.ewha.ac.kr/user/oga/  untuk maklumat lanjut

There are many types of scholarship for out of the university scholarship program such as

1)      Korean Government Scholarship Program
There are few kinds of program offered you may go to the
website http://www.studyinkorea.go.kr/en/sub/gks/selectBoardArticle.do  to see the program and applications they are open now

      2)    Biasiswa dari negara asal ( Malaysia)

Macam yang saya sebut di atas kita ada dua main biasiswa dekat Malaysia iaitu JPA dan MARA. Untuk maklumat lanjut boleh la rujuk link di bawah. Biasanya untuk lepasan SPM akan keluar after result spm keluar



Untuk bayaran duit yuran pula biasa nya akan berlaku setiap semester.

Spring: akhir Feb- awal March

Fall: akhir august - awal sept

Dah tanya kawan2 pasal duit yuran. Satu sem untuk pelajar Humanities college dalam 3 juta lebih duit Korea bersama 11 ribu ringgit. Satu semester!

Untuk engineering school lagi mahal gamaknya. 4,684,000 KRW huhuu dah lebih 15 ribu ringgit sebab duit jatuh. Sebab tu lah kita perlukan biasiswa.

ㅠㅠㅠ

That’s all for this week =)

 stay tuned and thank you!!! 감사 감사!!

Online Ambassador Ewha Womans University Fall Semester



  

Sunday, October 2, 2016

Sejarah Ewha



Assalamualaikum dan hai! 

Harini saya akan bercerita pasal Ewha. Bila, di mana, siapa, dsb.

Kenapa saya pilih gambar ni? haha. Sebab saya rasa gambar ni menunjukkan something yang ada sejarah la gitu. Memang ada sejarah dan kisah pun disebalik gambar itu. 







Sejarah Ewha bermula apabila seorang mubaligh( saya rasa dia mubaligh) datang Ewha pada tahun 1886  bernama Mary Scranton datang ke Ewha . Tujuan dia datang Ewha selain meluaskan sayap agamanya dia juga menawarkan pengajian  eh bunyi macam serius sangat. Mary ni dia mengjar budak budak yang datang rumah dia la. 

Cuba teka berapa anak murid dia masa awal2 dulu?

Seorang. 

Kenapa? Sebab orang perempuan Korea ni dulu takut untuk terima education. Ni sebab confucious ideology yang melebihkan orang lelaki. Serious talk. Bagi dorg perempuan tak payah la aiih nak study ni.  Jadi dorang pun mcm takut laa nak terima pendidikan. Tapi lama2 jumlah pelajar menaik dan mereka pun mula menawarkan medical services kepada wanita sahaja. Hebat kan?
Sebab tu ada antara kitorg pernah cakap kenapa Ewha Womans University ni dorg letak Womans? Bukan Women? Walhal pengasas org putih xkan la fail English kot haha


Tulah sebab nya. First student hanya satu org dan sebab dia special sangat kekal la jadi woman dan tambahan letak S ja haha lucu pun lucu tapi itu adalah hakikat.
Around 1925 tu dia pindah ke Sinchon Campus . Campus yang sekarang.


Rasanya macam Engineering school pun baru lagi. Established masa 1996. Muda lagi la. Sebab tu certain orang skeptical dengan engine school idae. Dah la baru. Semua perempuan ni mcm x sesuai dengan engineering. Well mereka dah lahirkan banyak org yg berjaya . Jangan di ragukan kebolehan wanita.


Ewha sangat terkenal dengan International studies department . Dapat anugerah as the best department.
So since tahun 1886 tu banyak la perubahan. Sampai la Ewha pernah dapat anugerah university paling cantik dan ranking dekat World dan dalam Korea sendiri sangat la baik. Sesuatu yang boleh di banggakan.

Kalau pelajari dan hayati Sejarah Ewha sampai la pencapaian dorang sekarang memang boleh ngalir air mata haha saya sebagai student kat sini memang sangat bangga jadi one of them. Walaupun lately banyak protest suruh pres letak jawatan bla bla blaaa tapi insitute dia sangat membanggakan.

To pembaca pembaca sekalian. Doakan saya dapat graduate dengan jayanya dan on time ya. InshaAllah 2018 February. Terima kasih

See you next entri.



Gambar pelajar 


Mary.F Scranton


Untuk cerita lagi detailed boleh lawat website ni hehee. http://www.ewha.ac.kr/mbs/ewhaen/subview.jsp?id=ewhaen_010300000000

Ewha Womans University Online Ambassador Fall Semester 2016