안녕~~
Kali ini saya akan terangkan mengenai perumahan di kawasan Ewha. Bila kita pindah dari satu tempat ke satu tempat tu haruslah benda perkara yang kita cari adalah tempat tinggal kan...
So, dekat Korea ni ada banyak pilihan untuk tinggal di mana tapi dia bergantung la kepada individu tesebut dan kepada syarat2 biasiswa yang diterima. Macam saya, saya duduk tworoom. Haaa apa tu Tworoom??
Two room adalah rumah kecik yang mempunyai dua bilik, dapur dan tandas tanpa ruang tamu.Bergantung jugak. Ada rumah yang ada ruang tamu. Two room adalah salah satu pilihan untuk perumahan disini. Saya mempunyai roommate tapi berlainan universiti.
Kira pilihan yang ada untuk tinggal di Korea ni adalah
Dalam Kampus
1) Undergraduate student Dormitory ( Hanwoori Dormitory)
Asrama ni merupakan tempat saya berteduh selama setahun masa freshman year ehhe. Walaupun tidak semewah asrama sekolah lain tapi oklaaa
Bilik di Hanwoori |
Tapi takpa. Ok mari teruskan. Untuk dormitory fee dalam 1 million KRW untuk awal tahun. So bila dah masuk tu dalam 900 thousands KRW . Seandainya anda ingin stay semasa winter atau summer break ada fee tambahan la lebih kurang 300 thousands KRW. Oh btw, dorm ni xda dapur so xboleh nak masak. Ada kitchenette untuk panaskan makanan buat air panas ja mcm tu.
2) Graduated Student Dormitory/ International House.
Biasanya dorm/house ni untuk Exchange Student, pelajar Master, dan pelajar language. Kalau untuk datang ke sini menjadi regular student which is kalau untuk undergrad student akan menetap di Hanwoori la.
Beza nya dua tempat ni bilik di Grad student house ada toilet sekali, kalau dekat Hanwoori toilet kat luar. Sharing is caring haha. Dan ada prayer room khas untuk pelajar muslim dan ada kitchen boleh masak yang berat la .
Kelebihan duduk asrama
1) save budget sikit sebab xperlu bayar bil.
2) Kemudahan macam Gym, laundry, etc boleh guna takpayah keluar
3) Untuk grad student dorm tiada curfew
Kekurangan
1) Takleh masak kecuali pegi grad student dorm
1) Takleh masak kecuali pegi grad student dorm
2) ada curfew untuk Hanwoori.
3) Toilet share tu mgkin akan tidak selesa sangat2.
Kediaman diluar Kampus
1) one room
Dengan design lebih kurang macam ni, toilet, tempat tidur, dapur, tempat menari, bergusti semua la dekat satu tempat ni. Kalau dekat area ewha biasanya sebulan dalam 400,000 KRW~ 550,000KRW TnC apply.
2) Boarding House. ( Hasuk Jib)
Haaa siapa tengok Reply 1994?? Angkat tangan? Macam tu lah boarding house. Cuma bezanya sekarang dorang cakap tinggal dekat hasuk ni takda la rapat sangat macam drama tu. Sekarang lebih kepada hal kau hal aku. aha
hahha ni contoh saja, ada yang memang khas untuk perempuan ja. Girls only boarding house.
Macam mana na apply/ atau dapat kan rumah kat atas ni. first, untuk dormitory boleh masuk webpage http://housing.ewha.ac.kr dan tengok announcement.
Kalau untuk One room, two room, Boarding house atau kalau mampu apartment sekalipun boleh la ke Real Estate Agency.
Contoh
Nanti bila dah boleh baca Korean, 공인증개사 adalah real estate agency . Pergi jumpa orang yang bertugas kat situ. Cakap kita mau duduk rumah yang mcam mana. Lepas tu biasanya rumah dekat Korea ni ada deposit money. dekat situ mungkin akan rasa beban sikit. Bila dah ada jumpa rumah yang berpuas hati orang tu akan bawak kita tengok rumah dan kalau setuju terus sign kontrak. Contoh macam ni haa.. mcm saya punya ada English Version senang nak bagi tunjuk kat JPA sebab dorang akan suruh translate jugak
Okay itu sahaja untuk minggu ni. Kalau ada apa2 soalan boleh la kemukakan. hhehe terima kasih!
Online Ambassador Spring Semester
2016-1
Ewha Womans University.
2016-1
Ewha Womans University.
No comments:
Post a Comment